Thursday, 29 November 2012

Karangan Jenis Perbahasan



  1.  Karangan jenis ini ialah karangan yang ditulis untuk menyampaikan pendapat tentang sesuatu tajuk yang diberikan.
  2. Perbahasan terbahagi kepada dua pihak yang mempunyai pendapat yang bertentangan iaitu:
    • pihak pencadang
    • pihak pembangkang
  3. Kedua-dua pihak ini mempunyai pendapat-pendapat yang tersendiri yang hendak dihujahkan.
  4. Setelah menulis pendahuluan kemukakan hujah-hujah anda.
  5. Pastikan kamu telah mengenal pasti terlebih dahulu hujah berkenaan yang pada mulanya dicatatkan secara ringkas.



CONTOH KARANGAN

‘Menonton televisyen lebih banyak mendatangkan kesan yang buruk’. Berikan pendapat kamu sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan pernyataan ini.

Pengenalan              
  • kata-kata aluan
  • tajuk yang hendak dibahaskan
 Perenggan ke-2
  • tidak bersetuju dengan tajuk
  • alat media massa yang terkenal
  • menyiarkan banyak rancangan
 Perenggan ke-3
  • rancangan berita dan peristiwa dunia banyak berfaedah
  • dapat mengetahui perkembangan dunia
 Perenggan ke-4
  • banyak rancangan lain dapat menambahkan ilmu pengetahuan
  • mengetahui sesuatu perkara dengan lebih terperinci
 Penutup
  • tegaskan pendapat anda tentang tajuk perbahasan
  • ucapan terima kasih
           
 *****

          Yang dihormati Tuan Pengerusi majlis, Guru Besar, guru-guru, para hakim yang arif, barisan pihak pencadang dan rakan-rakan pelajar sekalian. Tajuk perbahasan kita pada hari ini ialah Menonton televisyen lebih banyak mendatangkan kesan yang buruk’.


          Saya bersama-sama rakan saya tidak bersetuju sama sekali dengan tajuk yang diberikan itu. Sebagaimana yang diketahui umum, televisyen adalah suatu alat media massa yang terkenal pada masa kini. Setiap hari, ia menyiarkan berbagai-bagai rancangan seperti filem rencana, berita, drama dan lain-lain lagi.

          Rancang berita sama ada berita dalam negeri atau pun berita dunia dan juga laporan peristiwa memang berfaedah kepada penonton. Mereka dapat mengetahui perkembangan dunia dengan duduk di rumah sahaja.

          Banyak rancangan televisyen lain yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan para penonton misalnya ‘Hari Ini Dalam Sejarah’, ‘Siaran Ke Sekolah-sekolah’ , ‘TV Pendidikan’ dan lain-lain lagi. Filem-filem dokumentari yang sering ditayangkan melalui televisyen dapat membantu pelajar mengetahui sesuatu perkara dengan lebih terperinci.

          Berdasarkan contoh-contoh di atas, jelaslah bahawa menonton televisyen mendatangkan kesan yang baik dan bukan yang sebaliknya. Sebelum mengundur diri , sekali lagi saya tegaskan pendirian kami membangkang tajuk di atas. Sekian , terima kasih.

7 comments:

  1. Bagusnya ada tajuk-tajuk karangan seperti ini. Boleh kongsi ilmu.drp Nida.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.Apa yang saya paparkan dalam blog ni boleh dikongsi bersama.

      Delete
    2. i like this..walaupun tajuk karangan yang sy mahu tidak smer dengan tjuk diatas sy blk mendapt cara bagaimana uuntuk membuat karanagn perbahasn mengmbil sedikit isi yang berada di dalm karangtan tersebut.. sy ingin meminta stu permintaan yaitu..membuat contoh karanagn yang bertajuk belajar sendiri lebih baik daripada belajar secara berkumpuln..sy meminta begini kerana sy tidak pernah sekali pon melihat karang yang bertajuk belajar sendiri lebih baik daripada belajr berkumpulan.. i hope puan rohayati boleh pertimbangkan.. terima kasih

      Delete
  2. Terima kasih kepada cikgu kerana mengimbau kembali zaman persekolahan semasa pertandingan perbahasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kasih.Cikgu rasa maniey seorang pembahas yang hebat pada zaman persekolahan dulu.

      Delete
  3. nadirah suka ayat cikgu.terima kasih

    ReplyDelete
  4. CIKGU ASAL SEKOLAH MANA ?

    ReplyDelete