Monday, 26 November 2012

Surat Kiriman Tidak Rasmi

1. Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat handai.
2. Biasanya ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara seperti antaranya;

  • Surat ucap tahniah 
  • Surat ucap takziah 
  • Bertanya khabar berita 
  • Menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat 
  • Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru 
  • Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga 
  • Membalas surat yang dihantar oleh orang lain.


3. Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis.
4. Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini.
5. Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti :
  • nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda.
      Peringatan :Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.

6. Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat  lagi.


Format Surat Kiriman Tidak Rasmi


                      ( Nama Penulis )...........
                      ( Alamat ).....................
                      ....................................
                      ....................................
                       Tarikh : .......................

(Tertib menghadapkan surat kepada pihak yang menerima surat) ....
......................................................................................................
..............................................................................................

Saudara, (atau yang lain)

(Hal-hal yang ingin disampaikan / dinyatakan. Ada baiknya sesuatu
isi disampaikan dalam perenggan yang berasingan)
.......................................................................................................
.......................................................................................................
.......................................................................................................
.......................................................................................................
.........................................................................................


              Yang benar,
               .................
            ( Nama Huruf Besar )




                                                      Sumber: tatabahasabm.tripod.com


CONTOH SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI
 


Alif Bin Arif.
No 1, Lorong 2.
Taman Tambun,
14000 Simpang Ampat,
Pulau Pinang.

Menemui sahabatku yang diingati selalu, Zafran yang kini berada di Kota Bharu, Kelantan . Semoga sihat sejahtera.

Saudara,

Apa khabar ? Semoga saudara dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera. Surat saudara telah selamat saya terima beberapa hari yang lalu. Terima kasih saya ucapkan kerana saudara masih mengingati saya. 

Dalam surat saudara yang lepas, saudara bertanyakan persediaan saya untuk menghadapi UPSR. Sememangnya saya telah membuat persediaan lebih awal kerana tidak mahu menyesal kemudian hari. Hanya tinggal beberapa minggu lagi kita akan menghadapi UPSR.

Kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan. Oleh itu, saya telah cuba bersedia dari awal lagi untuk menghadapi UPSR. Saya telah menyediakan jadual waktu belajar di rumah. Saya menetapkan masa untuk membuat kerja-kerja rumah dan masa untuk mengulang kaji setiap mata pelajaran. Dengan cara ini saya dapat belajar dengan lebih teratur dan sistematik.

Selain itu, saya mengikuti kelas tambahan yang diadakan oleh guru-guru pada waktu petang dan setiap hujung minggu. Dalam kelas tambahan ini, saya dapat berkongsi idea dengan rakan-rakan dan bertanyakan soalan kepada guru sekiranya tidak faham.Saya juga bertukar-tukar nota dan soalan peperiksaan dengan rakan-rakan dari sekolah lain untuk mempelbagaikan soalan latih tubi saya.
Saya juga sering mengikuti seminar dan kem motivasi yang diadakan oleh pihak sekolah.Kami banyak mendapat pendedahan tentang cara-cara belajar yang betul.

Saya berharap agar kita akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk saudara sekeluarga. Semoga kita akan berjumpa lagi di lembaran yang lain.


Sahabatmu,
....................
(ALIF BIN ARIF)

15 comments:

  1. Saya suka menulis surat kepada rakan saya di kampung. Teima kasih cikgu ajar saya tulis surat dengan betul.drp Amirul

    ReplyDelete
  2. Sama-sama.Cikgu harap Amirul dapat buat ulangkaji pada musim cuti sekolah ni.Layarilah blog cikgu sentiasa. Banyak maklumat tentang karangan cikgu muatkan.

    ReplyDelete
  3. Cikgu, terima kasih kerana memberi contoh karangan surat tidak rasmi di dalam blog cikgu.

    ReplyDelete
  4. Sama-sama kasih. Cikgu harap Rusydi dapat menulis karangan jenis surat kiriman tidak rasmi dengan baik.

    ReplyDelete
  5. wahaha
    nice karangan!!

    ReplyDelete
  6. terima kasih cikgu..dengan contoh karangan ni..saya dapat tulis surat pada kawan saya di kampong..

    dari:Zul

    ReplyDelete
  7. FORMAT TERBARU ALAMAT SEBELAH KANAN..OK..tq maklumat terbaru

    ReplyDelete
  8. FORMAT TERBARU ALAMAT SEBELAH KANAN..OK..tq maklumat terbaru

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg kiri tu surat rasmi : ) just sayin'

      Delete
  9. Terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  10. Bolehlah. Bukannya best sangat

    ReplyDelete
  11. Best betul karangan INI.

    ReplyDelete
  12. kenapa karangan ni nampak macam kaler putih??

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete